Wednesday, 13 February 2013

permen vS gula-gula getah


assalamualaikum.

hari ni tergerak hati nak menulis bila terkenang kengkawan aku bila dorang berkumpul. pasti ada cerita di sebalik cerita bila ada antara mereka yang telah menamatkan zaman bujang. saat tu pasti macam-macam cerita di perkatakan. Dari cerita A ke ceita B sehinggalah berlarutan dan melerit-lerit menjadi sebuah drama. dari drama yang biasa2, lomantic-lomantic sehinggala drama malapetaka. semuanya membuka mulut meluahkan apa yang di rasakan dpt menarikan lagi drama tersebut. terkadang aku terjebak dlm cerita2 meraka, x dpt nak melarikan diri, x dpt nak mengelak lagi bila ada yang MENANYAKAN soalan CEPU SENSITIF bagi org2 bujang mcm aku. seperti biasa soalan pebret doang x lain x bukan BILA NAK KAWEN?.. 

Salah aku.. ye mmg salah aku sbb join dorang dok seronok bercerita bila da kawen neh.. nak2 plak aku soang jek lagik yang sah2 bujang diantara dorang semua. tapi bukan salah aku x kawen lagi time nih. jugak bukan bakal suami aku yang x melamar aku untuk menjadi suri dalam hidup dia. bukan jugak salah mak ayah aku sbb x kawen2 kan anak dara dorang. bukan salah sesiapa, kerana semuanya dengan izinNYA. Jika belum di izinkan hari ni mungkin suatu hari nnt. yang pasti hanya Dia sahaja yang tahu akan tarikh nya.

Tipulah klu aku x nntkan tarikh saat menjadi seorang isteri kepada suami aku. tipu lah klu aku x nntkan hari bahagia itu. tipu lah klu aku x terasa bila ada kawan2 aku yang ingin menamatkan zaman bujang dorang. tipu lah klu semua itu aku anggap x mengapa. tipulah klu aku x pernah fikirkan masa depan seperti mereka. tipulah klu aku x pernah menangis memohon doa dariNYA. tipulah klu aku tersenyum riang tanpa ada rasa di dada. semuanya aku gantikan tipu itu dgn sabar. pasti ada hikmahnya kenapa aku masih sendiri.

doakan aku :)











No comments:

Post a Comment